Friday, February 18, 2011

PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ


PERISTIWA- PERISTIWA YANG TELAH DIALAMI OLEH BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBELUM, SEMASA DAN SESUDAH PERISRTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ :

SEBELUM ISRA' DAN MIKRAJ
Rasulullah s.a.w telah mengalami pembedahan dada atau perut. Pembedahan ini dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mika'il. Hati Baginda s.a.w dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam ('alaqah) yang merupakan tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Hati baginda yang dibelah itu, kemudian dimasukkan hikmah, ilmu dan iman ke dalamnya. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “Khatmun Nubuwwah”. Khadam Rasulullah s.a.w selama 10 tahun pemukiman Nabi di Madinah, Anas bin Malik r.a pernah melihat sendiri kesan jahitan pada dada Rasulullah s.a.w akibat telah menjalani pembedahan ini biarpun zaman itu umumnya masih belum menerima teori bedah dan sistem jahitan yang sungguh canggih bahkan menepati kaedah perubatan sebenarnya. Selesai pembedahan tersebut, binatang tunggangan para Rasul bernama Buraq pula didatangkan untuk ditunggangi oleh Rasulullah s.a.w dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra’" itu.

SEMASA
Semasa Isra’
Isra’ dan Mikraj berlangsung antara lokasi Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin dengan melalui peristiwa-peristiwa yang begitu menakjubkan. Ajaibnya juga, peristiwa sebuah batu besar tempat Nabi berpijak untuk dinaikkan ke langit ingin mengikuti Nabi, tetapi Nabi telah menahannya. Ini menyokong lagi bukti kesahihan peristiwa Isra’ dan Mikraj ini yang patut kita diimani memandangkan ia termasuk hal-hal yang ghaib.
Sepanjang perjalanan Isra’ Rasulullah s.a.w yang diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibril itu, baginda telah tiba di lokasi-lokasi penting yang mempunyai martabat dan kemuliaannya yang tersendiri untuk diabadikan dalam sejarah Islam. Seluruh tempat tersebut baginda Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat di situ. Antara tempat-tempat berkenaan adalah seperti berikut:
i. Kota Thaibah atau Yathrib (nama lama bagi Madinah) yang merupakan tempat di
mana Rasulullah akan melakukan hijrah
ii. Bukit Tursina yang merupakan tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah
iii.Baitul Laham di mana tempat Nabi Isa a.s dilahirkan

Dalam perjalanan itu juga, baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin Ifrit dengan obor api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa atau gambaran-gambaran simbolik yang amat ajaib sebagai berita-berita ghaib yang disingkapkan Allah melalui junjungan besar Baginda Nabi s.a.w. Antara yang disaksikan baginda adalah:

•Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru, tiba-tiba keluar semula, seolah-olah ia belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril “Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak
700 kali ganda, bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak”.

•Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tidak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan)”.

•Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala dan bercantum semula lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat)”.

•Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka”.

•Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak yang elok ada di sisi mereka. Kata Jibril “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami”.

•Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril “Itulah orang yang makan riba”.

•Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih sanggup menerima amanah yang lain”.

•Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya”.

•Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela dan menghinakan) orang”.

•Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat masuk semula ke lubang itu. Kata Jibril “Itulah orang yang suka bercakap besar (takabbur)”.

•Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril “Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat”.

•Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibril “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua”.

•Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat”.
Setibanya di Masjid Aqsa, Rasulullah s.a.w turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat yang makmumnya terdiri daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul alaihimussalam. Setelah itu, Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril “Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat”.

Semasa Mikraj

•Setelah itu Rasulullah dimikrajkan di malam yang sama dari Baitul Maqdis ke langit terdekat, lalu Jibril meminta supaya dibuka pintu langit pertama, setelah dibukanya, di sana Rasulullah telah melihat Adam (a.s) bapa sekalian manusia, baginda pun memberi salam kepadanya, baginda dialu-alukan dan dibalas salamnya dan baginda diperakukan dengan kenabiannya. Allah memperlihatkan kepada baginda roh-roh para syuhada' di sebelah kanannya dan roh-roh yang terseksa di sebelah kirinya.

•Kemudian baginda dibawa naik ke langit kedua, Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibuka mereka memasukinya di sana didapati Nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam, diberinya salam lalu dijawab salam dan dialu-alukan mereka, di samping memperakui kenabian Muhammad (s.a.w).

•Setelah itu Jibril membawa Rasulullah ke langit ketiga di sana mereka bertemu dengan Nabi Yusuf, setelah salam diberi dan disambut baginda dialu-alukan dan diperakui kenabiannya.

•Seterusnya Rasulullah dibawa ke langit keempat di sana Baginda berjumpa dengan Nabi Idris (a.s), Rasulullah memberi salam kapadanya dan beliau menjawab. Baginda dialu-alukan dan diakui kenabian baginda.

•Lepas itu Baginda dibawa ke langit kelima di sana Baginda bertemu dengan Nabi Harun bin Imran, baginda menjawab salam yang diberi. Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya.

•Kemudian Baginda dimikrajkan ke langit keenam. Di sana baginda bertemu dengan Musa (a.s). Baginda memberi salam dan dijawab maka dialu-alukan dan diperakui kenabiannya. Setelah Rasulullah berlepas dari Musa, Musa pun menangis, lalu ditanya Musa apa yang membawa kau menangis? Jawab Musa “Aku menangis kerana orang yang diutuskan selepasku, umatnya memasuki Syurga lebih ramai dari umatku”.

•Seterusnya Rasulullah dimikrajkan ke langit ketujuh, padanya baginda menemui Ibrahim (a.s), setelah salam diberi dan dijawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya. Sesudah itu baginda dimikrajkan ke Sidratul Muntaha dan dibawa ke Baitul Ma'mur serta mendengar tulisan al-Qalam di Lauh Mahfuz.

•Akhirnya baginda dimikrajkan mengadap Allah al-Jabbar Jalla Jalaluh di arasyNya yang tertinggi. Baginda menghampiriNya paling terdekat, maka difirman dan diwahyukan serta difardukan kelima kepada hambaNya Muhammad lima puluh waktu solat. Dengan itu, baginda pun turunlah untuk pulang, namun di tengah jalan, baginda menemui Nabi Allah Musa bin Imran a.s yang bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w:
“Dengan apa engkau diperintahkan?” Jawab baginda “Aku difardukan dengan lima puluh waktu solat”, jawab Musa “Umat engkau tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan pohon kepadaNya pengurangan, demi untuk umat engkau”, baginda berpaling kepada Jibril bagaikan untuk mendapat pandangan, maka Jibril pun memberi persetujuan dengan pendapat Musa itu, dengan itu Jibril membawa semula hingga ke hadapan Tuhan Rabbul Jalil, justeru itu Allah pun mengurangkan hingga tinggal sepuluh waktu sahaja, maka baginda turun, semasa itu sekali lagi baginda melewati Musa (a.s), baginda menceritakan apa yang berlaku, maka kata Musa sekali lagi sebagai menasihati, Ayuh pulang semula kepada Tuhanmu mintakan agar dikurangkan lagi, demikianlah Rasulullah berulang-alik di antara Allah Rabbul Jalil dan Musa, dengan itu Allah perkurangkan, hingga tinggal menjadi lima waktu solat sahaja, masih lagi Musa menyuruh Rasulullah memohon pengurangan lagi, kemudian Rasulullah mengatakan:

“Sesungguhnya aku terasa malu, malah setakat ini aku merelai dan menerima perintahNya itu”, setelah berjauhan baginda diseru, “Sesungguhnya Aku menguatkuasa solat fardu dan Aku ringankan ke atas hamba-hambaKu”.

S’SUDAH Rasulullah s.a.w turun ke langit dunia semula, seterusnya turun ke Baitul Maqdis, lalu menunggang Buraq dalam perjalanan pulang ke Makkah pada malam yang sama. Ada riwayat menyatakan bahawa tempat tidur Baginda Nabi s.a.w masih terasa kehangatannya di saat kepulangan baginda ke Makkah bagi membuktikan kekuasaan Allah s.w.t yang memperjalankan hambaNya dalam tempoh waktu yang sekejap sahaja. Perjalanan ini berakhir dengan menyimpan tanda-tanda dan maklumat-maklumat ghaib yang dikhabarkan Nabi s.a.w kepada umatnya.

PERSOALAN?

ADAKAH GAMBAR BATU DI BAWAH YANG TERDAPAT DI NEGARA ISRAEL MERUPAKAN BATU YANG HENDAK MENGIKUTI NABI S.A.W. KETIKA HENDAK DI MIKRAJKAN YANG KEMUDIANNYA DITAHAN OLEH MALAIKAT JIBRIL DAN AKHIRNYA TERAPUNG DI ANTARA BUMI DAN LANGIT...WALLAHUALAM...?








JAWAPAN PERSOALAN DI ATAS

Kebenaran Batu Tergantung
Batu tergantung sebenar peristiwa israk mikraj

Benarkah BATU TERAPUNG dalam peristiwa israk mikraj di PALESTIN
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet.

Inilah batu yang dikatakan mahu mengikut nabi semasa mikraj


pandangan belakang ternyata satu penipuan

penipuan batu tergantung

Apakah tujuan disebalik penipuan ini?

Lihatlah dengan jelas inilah yang dikatakan batu terapung (palsu)

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.


batu terapung sebenar dalam peristiwa isra'mikraj

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

pelawat melalui dibawah batu terapung sebenar

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

SEBARKAN: pada rakan-rakan mengenai kebenaran ini..



pandangan sudut atas batu terapung dari fail simpanan

No comments:

Post a Comment