Sunday, November 8, 2009

Wonder Pets


Wonder Pets ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak animasi keluaran Amerika Syarikat yang muncul buat julung kalinya pada 3 Mac 2006, dalam slot Nick Jr. di saluran televisyen kabel Nickelodeon dan saluran Noggin pada 31 Ogos, 2006. Siri ini juga disiarkan dalam alih suara Bahasa Malaysia di TV9 mulai tahun 2008.

Watak-watak utama siri kartun ini merupakan tiga ekor haiwan peliharaan bilik darjah sekolah rendah, iaitu Linny the Guinea-Pig (si tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura), dan Ming-Ming Duckling (itik), yang bersatu menjadi tiga wira bersaudara yang menyelamatkan anak haiwan dalam kesusahan sambil memperagakan manfaat nilai bekerjasama.

Rancangan ini dicipta oleh Josh Selig bagi pihak Little Airplane Productions yang juga mencipta Piper O'Possum untuk Nick Jr. dan banyak lagi rancangan kanak-kanak. Rancangan ini berakar umbi dalam sebuah filem ringkas Nick Jr. berjudul "The New Adventures of Linny the Guinea Pig," di mana Linny mengembara di angkasa lepas dan dasar lautan sendirian. Tidak lama kemudian terciptalah Ming-Ming Duckling dan Turtle Tuck, maka lahirnya rancangan bertajuk The Super Singing Power Pets!, sebelum tajuknya diringkaskan menjadi Wonder Pets sahaja.
Struktur episod

Setiap episod mematuhi struktur yang serupa, dengan sedikit beza dari segi jalan cerita dan bentuk muzik.

Sebaik bermulanya setiap episod, penonton dapat mendengar murid-murid sekolah yang tidak kelihatan, mengucap jumpa lagi kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah setelah selesainya pelajaran untuk hari ini. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan membuat bunyi berdering telefon tin. Selalunya, bilik darjah dihias dengan karya seni murid-murid dan benda-benda lain yang berkaitan dengan cerita, haiwan atau lokasi tertentu bagi episod berkenaan. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun. Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning; Ming-Ming bertopi keledar juruterbang; Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan; Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar; Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi rangkap pembukaan berikut:
Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris

Linny: "Telefon, telefon berbunyi!"
Ming-Ming: "Telefon, kami datang!"
Tuck: "Telefon, telefon berbunyi!"
Linny: "Ada haiwan dalam bahaya…"
Ming-Ming: "Ada haiwan dalam bahaya…"
Tuck: "Ada haiwan dalam bahaya di sana!"



Linny: "The phone, the phone is ringing!"
Ming-Ming: "The phone, we'll be wight theowe!"
Tuck: "The phone, the phone is ringing!"
Linny: "There's an animal in trouble…"
Ming-Ming: "There's an animal in twouble…"
Tuck: "There's an animal in trouble somewhere!"

Wonder Pets menjawab telefon lalu mendapati seekor haiwan berada dalam kesusahan di suatu tempat. Linny menjelaskan keadaannya kepada dua rakannya. Setelah mereka semua faham, mereka menyanyi:

Tuck: "Itu anak [haiwan]
[Dalam bahaya tertentu.]"
Ming-Ming: "Ini serius!"
Tuck: "Mesti tolong dia"
Linny: "Selamatkan [haiwan]!"
Semua: "Selamatkan [haiwan]!"



Tuck: "A baby [animal]
[In the specific peril.]"
Ming-Ming: "This is se-wious!"
Tuck: "We have to help him/her"
Linny: "Let's save the [animal]!"
Semua: "Let's save the [animal]!"

Mereka bertiga lompat ke dalam sekotak cebisan kain dan lompat keluar, memakai bermacam-macam pakaian yang selalunya berkaitan dengan kawasan atau haiwan yang akan dikunjungi mereka. Mereka berjenaka sejenak lalu masuk balik ke dalam kotak dan keluar dengan mantel Wonder Pets mereka.

Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "Dan Ming-Ming juga!"
Semua: "Wonder Pets datang membantu!"



Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "And Ming-Ming, too!"
Semua: "We're Wonder Pets and we'll help you!"

Mereka mendirikan sebuah kapal layar mainan bernama "Flyboat" dari bahan-bahan di bilik darjah: frisbee sebagai badan, penutup marker sebagai ekzos roket, sebiji guli, roda-roda, sebatang tiang, dan sehelai kertas sebagai layarnya. Sambil mengerjakan kapal, mereka menyanyi:

Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"



Linny: "What's gonna work?"
Semua: "Teamwork!"
Linny: "What's gonna work?"
Semua: "Teamwork!"

Biasanya, Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Penyelesaiannya selalunya serupa dengan tindakan yang perlu diambil mereka untuk menyelamatkan haiwan dalam bahaya tersebut. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi:

Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan!"
Ming-Ming: "Kami tak besar,"
Tuck: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!"



Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! We're on our way
To help a baby [animal] and save the day!"
Ming-Ming: "We're not too big,"
Tuck: "And we're not too tough,"
Semua: "But when we work together we've got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!"

Ketika menyelamatkan haiwan terlibat, Wonder Pets selalu gagal dalam cubaan terawal. Lambat-laun bahayanya makin genting, menyebabkan Ming-Ming menyanyi, "Ini serius!" (bahasa Inggeris: "This is se-wious!") Tiba-tiba, Wonder Pets akhirnya ingat bagaimana mereka menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyedari bahawa usaha penyelamatan sama caranya. Maka mereka perlu bekerjasama untuk menjayakan usaha mereka. Mereka mengulangi lagu awal tadi:

Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "Dan Ming-Ming juga."
Semua: "Wonder Pets datang membantu!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"



Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "And Ming-Ming, too."
Semua: "We're Wonder Pets and we'll help you!"
Linny: "What's gonna work?"
Semua: "Teamwork!"
Linny: "What's gonna work?"
Semua: "Teamwork!"

Setelah haiwan itu diselamatkan, tibanya si induk atau saudara mara untuk mengucap terima kasih kepada Wonder Pets kerana menyelamatkan anaknya. Wonder Pets menyambut kejayaan mereka dengan memakan daun saderi, ada kalanya induk itu menambah sedikit sajian tempatan, ataupun wira-wira itu meminta sajian tempatan juga. Kemudian mereka kembali ke bilik darjah, sambil menyanyi:

Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! Dah berjaya
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan"
Ming-Ming: "Kami tak besar,"
Tuck: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama, semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!"



Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! We found a way
To help the baby [animal] and save the day!"
Ming-Ming: "We're not too big,"
Tuck: "And we're not too tough,"
Semua: "But when we work together we've got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!"

Senyap-senyap mereka kembali di sangkar masing-masing sehingga episod seterusnya. Flyboat pula berkecai dengan lancarnya. Linny sentiasa haiwan terakhir yang masuk ke dalam sangkar, dan tertanggalnya mantel dan topinya juha. Rentak muzik yang berkenaan dengan usaha penyelamatan mereka didendangkan, sementara Linny mengunyah daun saderi dalam sangkarnya sambil mengedip-ngedip matanya sampai penghujung rancangan.

Wednesday, August 26, 2009

Doa Untuk Mohon Dijauhi Dari Wabak H1N1


Doa Untuk Keselamatan Dan Kesentosaan
Daripada Segala Penyakit

Caranya : Baca Doa ini sebanyak 3 kali pada tiap-tiap pagi dan petang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

تَحَصَّناَّ بِذِى الْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ ، وَاعْتَصَمْنَابِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ ، وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَىِّ الَّذِى لاَيَمُوْتُ . اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الْوَبَاءَ ، َوقِنَا شَرَّ الرَّدَىٰ ، وَنَجِّنَا مَنَ الْطَّعْنِ وَالْطَّاعُوْنَ وَالْبَلاَءِ ،

بِلُطْفِكَ يَا لَطَيْفُ ، يَا خَبِيْرُ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

YANG BERMAKSUD,

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada Mu Ya Allah Tuhan Pemilik sekelian alam yang ghaib, dan kami bertawakal kepada Mu Ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai Tuhan Kami! jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami dari segala penyakit yang berjangkit, ta’un dan bala bencana, dengan ihsan-Mu wahai Tuhan yan Maha Lembut lagi Maha Mengetahui sesungguhnya-Mu ya Allah Maha berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan slam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. , ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian bagi Mu ya Allah Tuhan

pemilik sekelian alam.

Dipanjangkan oleh,

(DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD)

Mufti Kerajaan Negeri

Negeri Sembilan Darul Khusus

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

IBADAT PUASA

Dalil Kewajipan Puasa

Firman Allah Taala:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".

Ayat 183, Surah Al-Baqarah.

Firman-Nya lagi:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. ".

Ayat 185, Surah Al-Baqarah

Wednesday, July 8, 2009

Cerita Lawak : Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Cerita Lawak : Jaguh Pedang Sepanyol, Samurai Jepun Dan Pendekar Silat


Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan.

Cerita Lawak : Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
.
. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)

Cerita Lawak : Katak, Kodok Dan Monyet


Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.

Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu Mat.

Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali.

Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat.

Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Kenapa? tanya Azwan. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking : Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.

Tuesday, July 7, 2009

Selsema Babi@Gembluk (H1 N1)


WABAK SELSEMA BABI SATU PERINGATAN ALLAH.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988.

Wabak ini mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Kesan yang dikenal pasti apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius, sakit badan, batuk, berhingus, bersin, sesak nafas, hilang selera makan, muntah, dan cirit birit.


Al-Qur’an banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit.

Persoalan besar yang timbul ialah apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa. Justeru sejak 1430 tahun hijrah lalu, al-Qur’an telah memperingatkan sebanyak empat kali tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah ayat 3:

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”


Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah s.w.t. mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.


Saturday, June 27, 2009

Cucu2 kepada Bapak dan Mak Gua.....


Untuk pengetahuan pembaca, gambar2 kat atas nie semuanya adala gambar mereka yang masih suci dan tiada dosa...almaklumlah mereka kanak2.
Mereka semua nie sebenarnya adalah cucu kepada pasangan Penerima Anugerah Ibu Bapa Mithali peringkat Daerah Mersing tahun 2008 iaitu Tn.Hj. Isnin dan Pn. Hjh. Manisah(Mak Bapak aku le tu...)

Berikut adalah nama semua cucu mak bapak aku yg seramai 14 orang nie:-
They are (from left)..

First row :

1. Siti Aishah Binti Mohd Faiseol (13)
2. Abdurrahman Bin Mohd Faiseol (12)
3. Khadijah Binti Mohd Faiseol (10)
4. Ubaidurrahman Bin Mohd Faiseol (9)

Second row:

1. Fathullah Lukman Bin Jeffrydin (8) - Always has a problem while writing his name bcoz it is too long)
2. Fatimah Binti Mohd Faiseol (7)
3. Abdullah Bin Mohd Faiseol (5)
4. Mariam Binti Mohd Faiseol (4)

Third row:

1. Ilham Bin Jeffrydin (3) - His parents give the short name bcoz they don't want banana fruit 2 times..hehhe..
2. Nur Hanani Binti Mohd Yani (2)
3. Muhammad Qasim Bin Mohd Faiseol (2)
4. Fahim Hakimi Bin Mohamad Rashid (2) - All of this 3 kids were born on PiG year ( according Chinese Calendar..wakaka...)

Fourth row:

1. Ibrahim Bin Mohd Faiseol (6 months)
2. Iman Hamizah Binti Abdul Razak (5 months)(INI ANAK AKU BEB.......)
3. No name.. (Will be appear on July 09..InsyAllah)

P/S : Semoga semua cucu mak bapak aku akan jadi orang ang berguna kepada agama, bangsa dan negara(lebih2 lagi anak aku yg comel namanya IMAN HAMIZAH tu...
Wokeyyy...Thats 4 all...Chow....

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI GURU (16MEI 2009)

KU UTUSKAN SAJAK INI BUAT RAKAN-RAKAN SETUGASKU...SEMOGA LEBIH TABAH MENEMPUHI RANJAU DUNIA PROFESION PERGURUAN...INSYALLAH...

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Tuesday, April 28, 2009

DOA AGAR ANAK BERAKHLAK MULIA DAN TAHU MENGHORMATI IBU BAPA


Maksudnya :
"Ya Tuhanku, tunjukilah Aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang Telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(SURAH AL-AHQAF : 15)

Monday, April 13, 2009

Lirik Lagu Anakku Yang Pertama (M. Daud Kilau)


ANAKKU YANG PERTAMA (M. DAUD KILAU)

Kini aku gembira
Yang ku tunggu dah tiba
Anakku lahir sudah
Hai anakku yang pertama

Sungguh cantik rupanya
Lirik wajah ibunya
Betapa bahagia
Hai dengan kehadirannya

Kan kujadikan raja (Tak Boleh!Jadikanlah anak yg. soleh@solehah)
Di dalam rumahtangga
Kucurahkan semua
Hanya untuk mu sayang

Buah hati wahai permata
Besarlah kau segera
Anakku yang pertama

Riang tiada terkira
Hapus segala duka
Bila ku memandangnya
Hai anakku yang pertama

# Lagu nie kalau aku dengar kat KLASIK NASIONAL mesti ingat kat anak aku (IMAN HAMIZAH) yang dah masuk 2 bulan lebih. Mmmmmm... seronok betul dapat anak nie. Syukur sangat-sangat aku pada ALLAH SWT...

# Anak adalah adalah amanah ALLAH. Maka jagalah dan peliharalah ia sebaik-baiknya supaya kita tidak dicop sebagai mengkhianati apa yang ALLAH telah amanahkan kepada kita.

# Supaya kita memperoleh keluarga dan anak-anak yg. soleh dan solehah maka amalkanlah doa yan berikut:
"Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyaatinaa qurrrota a'yunin waj'aalnaa lil mutaqiina imaamaa"
maksudnya: "Ya Allah Berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang taqwa"...

Wednesday, April 8, 2009

Fadhilat Mengamalkan Ayat Suci Al-quran Sebagai Doa



Kita sebagai manusia hanya boleh berusaha,tidak lebih dari itu dan hanya tuhan sahaja yang memperkenankan semua maksud yang kita hajati.Tanpa usaha semua tidak akan terjadi..kita digalakan berusaha sambil memohon kepada maha pencipta ..oleh itu perlu yakin kepada Maha Pencipta.

1.Menghentikan Anjing Menyalak
* Baca surah Al-Baqarah ayat lapan puluh hingga lapan puluh satu sebanyak sepuluh kali

2.Penyayang
* Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat satu ratus enam puluh lima dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi

3.Mengunci rumah dengan ayat
* Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak tiga kali dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat sebelas sebanyak tiga kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum menginggalkan rumah

4.Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syetan
* Hendaklah membaca surah Yassin ayat lapan dan sembilan berulang kali sehingga rasa gementar hilang

5.Ayat penerang hati
* Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat tiga puluh lima di Pagi hari dan awal malam

6.Membuatkan anak tidak degil
* Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat satu hingga enam dan juga surah al haji ayat dua puluh satu dibaca diatas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

7.Menghentikan Anak menanggis malam hari
* Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak tiga kali dan ditiup di telinga kanan,kemudian membaca surah semula al-fatihah sebanyak tiga kali dan ditiup ditelinga kiri

8.Mengelakan mengandong anak songsang semasa dalam kandongan
* Hendaklah menulis surah al-a'raaf ayat lima puluh empat diatas kertas dan diredamkan diair dan seterusnya diminum

9.Mengurangkan bisa digigit oleh binatang bisa
* Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak tiga kali ditiup ke ibu jari dan letakan ke langit dan kemudian gosok ditempat yang kena gigit

10.Mengubat orang yang terkena sihir,guna atau gila
* Hendaklah menyediakan satu baldi air yang bersih,kemudian membaca surah yunus ayat lapan puluh hingga lapan puluh satu dan air tersebut digunakan untuk mandian,ia itu perlu dibuat diluar kawasan rumah yang bersih

11.Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
* Hendaklah membaca surah al-taubah ayat satu ratus dua puluh lapan hingga satu ratus dua puluh sembilan semasa berjumpa

12.Menguatkan ingatan
* Hendaklah bersembahyang sunat empat rakaat,dilakukan selama tujuh atau lapan malam jumaat berturut-turut :-
* Rakaat pertama - surah yassin
* Rakaat pertama - surah ad dhukan
* Rakaat pertama - surah as sajjadah
* Rakaat pertama - surah al mulk

Hikmat Ayat Seribu Dinar


Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

UJIAN DAN CUBAAN ADALAH SEBAHAGIAN NIKMAT DARI ALLAH



Allah sentiasa mengubah keadaan kita dari sedih kepada gembira, dari sihat kepada sakit, dari kaya kepada miskin, dari terang kepada gelap supaya kita mengerti bahawa, kita tidak bebas dari hukum ketentuanNya dan supaya kita selalu ingat bahawa, kita sebenarnya sentiasa berdiri di atas landasan.
Allah SWT menerangkan di dalam al-Quran bahawa di sebalik perkara yang kita benci, terdapat banyak hikmah Ilahi (hanya Dia sahaja yang mengetahui) yang berpunca dari sifat Rahman Allah SWT. Ubat itu pahit tetapi ia adalah penawar. Kita sebagai manusia yang terhad ilmu pengetahuan hanya mampu memikirkan perkara yang sangat terbatas.
Di dalam kehidupan harian, kita sering mendapat perkara-perkara yang kita tidak suka seperti kemalangan, kehilangan, kelaparan dan sebagainya. Perkara itu bagi orang yang beriman adalah suatu rahmat. Sepertimana firman Allah S.W.T.:

Maksudnya : “Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang bertakwa”.
(Surah Al-Baqarah 2 :177)


Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : Tiada seorang Muslim yang menderita kekalahan, kesakitan, kesulitan, dukcita, kesukaran atau kesusahan, bahkan gangguan berupa duri, melainkan dengan kejadian itu Allah akan menghapuskan dosanya.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Setiap perkara yang dijadikan Allah SWT itu ada baik dan buruknya. Dengan rahmat Allah SWT, diajarnya kita bagaimana untuk berurusan dengan kejadianNya itu supaya kita dapat mengambil manfaat daripadanya dan menolak yang tidak baik samada kita sedari atau tidak. Seseorang mukmin sememangnya sangat sangat berhajat kepada rahmat Allah swt.

Monday, April 6, 2009

KISAH SEBAGAI RENUNGAN & TAULADAN

SI-BUTA DAN GAJAH
Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar.
Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba. Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.
Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu. Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang seperti yang dilaporkan oleh orang pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja. Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.
Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan.

MORAL & IKTIBAR
1.Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik
2.Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara syumul dan terperinci
3.Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja
4.Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui 'brainstorming'
5.Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya
6.Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global
7.Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara
8.Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah

PERINGATAN BUAT UMAT NABI MUHAMMAD


DARIPADA ALI BIN ABU TALIB R.A BAGINDA S.A.W BERSABDA:
" APABILA UMATKU MELAKUKAN 15 PERKARA NESCAYA LAYAKLAH BAGINYA MALAPETAKA, MAKA DITANYA APAKAH LIMA BELAS PERKARA TERSEBUT YA RASULULLAH? BAGINDA MENJAWAB:-


(1)APABILA HARTA RAMPASAN PEPERANGAN DIKUASAI OLEH SESEORANG ( TIDAK DIAGIH-AGIHKAN).

(2)HARTA AMANAH MENJADI MILIK

(3)ZAKAT DIANGGAP SEBAGAI DENDA

(4)SUAMI MENTAATI KEHENDAK ISTERI

(5)MENDERHAKAI IBU BAPA

(6)BERBAKTI DENGAN RAKAN TAULAN (AKAN TETAPI)

(7)BERKERAS DENGAN IBU BAPA

(8)MENINGGIKAN SUARA DI DALAM MASJID

(9)PENGANJUR (KETUA) BAGI SESUATU KAUM ITU ADALAH ORANG YANG HINA DI KALANGAN MEREKA.

(10)DIMULIAKAN SESEORANG KERANA TAKUTKAN AIBNYA.

(11)BERLELUASA MINUM ARAK

(12)DIPAKAI PAKAIAN SUTERA

(13)PENYANYI DIPUJA-PUJA

(14)PERALATAN MUZIK (BUNYI-BUNYIAN) DIMULIAKAN

(15)MASYARAKAT HARI INI MENGHINA MASYARAKAT TERDAHULU


"TUNGGU DAN LIHATLAH OLEHMU! PADA KETIKA ITU ANGIN MERAH YANG MENERBANGKAN RUMAH DAN TANAMAN ATAU DITELAN BUMI (GEMPA BUMI) ATAU BERUBAH RUPA.

( HADIS RIWAYAT AT-TARMIZI )

Wednesday, March 25, 2009

LATIHAN KOMPANG SELAWAT SK. BANDAR ENDAU


1.Latihan diadakan di bilik j-QAF.
2.Disertai oleh 17 orang pelajar terdiri daripada tahun 5 dan 6.
3.Membawakan 2 lagu iaitu Selawat dan Junjungan Mulia.
4.Akan mewakili Zon Endau dalam MAJLIS BERZANJI MARHABAN / KOMPANG SELAWAT DAN MAAL
HIJRAH PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2009.
5.Latihan diketuai oleh saya (Ustaz Razak) dan Cikgu Rahman Z.

Monday, March 23, 2009

KAMI KINI BERTIGA (RAZAK, INA, IMAN HAMIZAH)



Alhamdulillah kini keluarga saya telah berkembang dengan lahirnya seorang puteri pada 26 Januari 2009.


Bapa: Abdul Razak Bin Isnin

Ibu : Ina Saraswati Binti Sahir

Anak : Iman Hamizah Binti Abdul Razak